Selasa, 13 April 2010

nilai sebuah persahabatan


Apakah nilai sebuah persahabatan

Adakah sekadar pisang yang dibeli di pasar?

Makan isi, kulit dibuang

Sudah busuk tidak dipandang


Atau sekadar baju yang dibeli di gedung membeli-belah


Pakai bertukar-tukar mengikut emosi

Sudah lusuh dibuang saja


Atau mungkinkah seperti mutiara di dasar lautan

Terselindung di dalam tiram

Mencari yang baik susah sekali

Tapi apabila dijumpai, dijual untuk kepentingan sendiri


Jadi, adakah sesuatu di dunia ini setanding dengan nilai sebuah persahabatan

Persahabatan datang dari hati yang ikhlas

Atas dasar kepercayaan

Atas dasar pengorbanan

Hati yang ikhlas menerima seadanya

Hati yang bisa memaafkan segala-galanya


Kawan boleh ditemui di pasar, di pasaraya, di dasar lautan

Tetapi sahabat

Hanya boleh ditemui di lubuk hati

Bila hati kita tenang bersamanya

Maka dialah sahabat kita


Tiada apa di dunia ini dapat dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan

Sebuah persahabatan yang diredhai kekal selamanya

Takkan terpisah oleh jarak beribu batu

Takkan terputus oleh masa berkurun

Takkan ternoda oleh bisikan syaitan

Khamis, 8 April 2010

iman vs nafsu


IMAN: Assalamualaikum

DIRI : Waalaikummussalam. oh En Iman! saya rasa dah dua tiga minggu kamu x datang ke pejabat. kamu cuti ke?

IMAN: apa pula saya cuti bos. saya kan diberi cuti

DIRI: oh ye, lupa. itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam lak. lepas dengar ceramah ustaz kat tv berceramah ari tu, saya teringatkan kamu.

IMAN: jadi saya bleh bekerja la bos? saya bleh ambil balik jawatan saya dengan En Nafsu?

DIRI: Eh, x bleh. saya sayang nak pecat En Nafsu. walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.

IMAN: kalau mcm tu, lebih baik saya berundur

DIRI: eh, jgn! tolonglah saya. saya x bleh kehilangan kamu berdua.

IMAN: tapi bos, kami x mungkin bersama dalam satu syarikat. perbezaan antara kami sgt besar. En Nafsu saya lihat anti sangat dengan saya

DIRI: saya rasa serba salah la pula

IMAN: bos bleh pilih satu je. bos perlu bermujahadah untuk pecat En Nafsu, bos

DIRI: saya tahu. jauh dlm hati saya, saya memang perlukan kamu, En Iman. irihati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. mereka bleh maju sebab ada orang macam kamu. baiklah, saya kena pecat juga En Nafsu, x kiralah apa yang berlaku. En Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa, zikir, al-quran dan apa2 yg patut.

IMAN: Alhamdulillah, nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ini, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah S.W.T) sebagai MUTTAQIN

kitalah bos kepada diri sendiri. kita yang menguruskan semua tentang diri, makan minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. tetapi yang lebih penting ialah bagaimana kita menguruskan iman kita. buatlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang bleh menyuburkan iman. jangan ditendang keluar amalan soleh dan jangan pula menyambut baik palit dosa yang masuk dalam diri.

dakwah nombor satu tapi study bukan nombor dua~


dosa yang membuat engkau menangis adalah lebih baik daripada kebaikkan yang membuatkan engkau takabur...

Sabtu, 4 April 2009

petua hilang mengantuk

ketika memandu... Semua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu. Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu. Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi...
" LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."
(maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR")
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.